Sunday, October 12, 2008

DaPur HOteL tErberSih

seorang pegawai kesihatan datang ke sebuah hotel yg ternama, berhajat utk menikmati mkn tengah hari disana, dia membawa isterinya bersama..

selepas membuat tempahan makanan, dia bersama isterinya menikmati juadah yang di minta..

tetiba die memanggil ketua tukang masak..

ketua tukang masak : kenapa tuan? ada yang xkene dengan hidangan kami, tidak sedap ke masakan kami.

pegawai kesihatan : erm....saya boleh kata kan yang hotel ini mempunyai dapur yg terbersih diantara hotel yg penah saya kunjungi...

ketua tukang masak : bagaimana tuan boleh tahu, tuan tidak menjenguk pun ke dapur..
ketua tukang masak kehairanan sebab pegawai tersebut tidak penah masuk ke dapur...

pegawai kesihatan : sebabnya kesemua hidangan yg dihidangkan berbau sabun pencuci pinggan, dan ada sedikit rasa sabun..

Monday, September 8, 2008

KIpaS HEli

Di sebuah perkampungan org asli di pendalaman pahang..seorang YB telah datang melawat ke kawasan tersebut untuk mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit dengan menaiki helikopter nuri..untuk mendapatkan maklumat berkaitan kawasan tersebut YB tersebut terpaksa membawa skali tok batin dari kampung asli tersebut..

sambil mereka meronda2 kawasan tersebut, mereka berborak mengenai kawasan mana yang paling sesuai dijadikan ladang kelapa sawit.

kebetulan cuaca hari tersebut tersangat la panas menyebabkan YB td berpeluh lalu berkata
" panas sungguh dalam heli ni"..

tok batin tadi menyahut " memang la panash Dato' , kipashnya besar tetapi diluar" sambil menunding jari ke arah bilah heli tersebut.

MalAYsia BoLEh

Tiga negara, iaitu Amerika, Britain, dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu.

Disepakati penelitian dimulai dari Amerika terus Britain dan terakhir Malaysia.

Di Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahwa 1500 tahun yang lalu telah dibangun jalur telefon dengan memakai kabel tembaga di Amerika.

Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahwa 2500 tahun yang lalu telah dibangun jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.

Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan WIRELESS.

teH TAriK MamaK

seorang pelangan pergi ke kedai mamak untuk menikmati minum petang, seperti biasa pelangan tersebut memesan secawan teh tarik.

pelanggan : mamak!! teh tarik satu..

mamak: siap!!

selang beberapa minit air teh tarik pun sampai, belum sempat pun minum pelanggan tadi memanggil mamak dengan nada marah..

pelanggan: hei mamak mari sini!! aiya mamak mcm mane dalam air aku nie ade lalat..

dengan selambe, mamak tu menjawab.." hei macha, u bayar itu teh satu ringgit xkan u mau itu gajah ada dalam air u"..

Saturday, September 6, 2008

TEka-TekI

soklan:


1.Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

2.Ade sorang makcik,die thn teksi..pas 2 makcik 2 nak byr duit dulu..driver taxi tu xnak.nape??

3.Binatang ape name die ade dua huruf?

4.Kenape org gali kubur tak pakai spender??

5.5 ekor semut campur dgn 2 ekor semut same dgn brape???

6.Ape persamaan Micheal Jackson dengan Micheal Jordan??






jawapan

1. milo ais
2.duit dulu mana laku
3. udang ( U dan G)
4.gali kubur pakai cangkul
5. 0 semut mane ade ekor
6. dua-dua xkenal korang