Saturday, August 30, 2008

juadah BErBUKe puase


jom kitak siang ini ulau..buat masak kicap..goreng pun sodap..

Monday, August 25, 2008

Incik Polisi ngan Orang AsLI

terdapat sebuah keluarga orang asli yang baru membeli sebuah motorsikal 125 z, kerana terlalu gembira dengan kehadiran motorsikal baru tersebut, mereka sekeluarga ingin menaiki motorsikal tersebut, jadi tanpa membuang masa mereka semua seramai 5 orang menaiki motosikal tersebut, si bapa membawa dan membonceng yang lain..

nak dijadikan cerita mereka telah menunggang ke kawasan bandar yang penuh dengan kenderaan, tanpa mereka sedari mereka diekori oleh pihak polis kerana menunggang dengan membawa orang berlebihan..mereka diminta berhenti ditepi jalan..

polis : berhenti!! berhenti !! sambil melambai2 tangan...

si bapa pun berhenti dan berkata dengan selambe.. " maaf la incik sudah xde ruang tuk kami tumpangkan incik" lalu berlalu pergi..

Saturday, August 23, 2008

pancinG dan Terpancing

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi payadengan memegang pancing sambil merokok..Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yangketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima""

DRiver Seorang Lecturer

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya disebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Jeritan Bersama

Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit.."Tolong,Tolong"

Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh oranglain..Lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"
"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain..

dan mereka semua mula menjerit "Bersama ! Bersama!"

Jam ROlex USahAwan

Satu kemalangan melibatkan seorg usahawan dlm BMWnya.

Usahawan: warrgghhh.. tgk apa dah jadi dgn BMW aku... habis kopak pintu kereta ni..warghh... .

Unit bantuan: encik. encik sedar x, tangan kanan encik dah tak ada? apasal risaukan sgt pintu kereta tu. materialistik sgt la encik ni

Usahawan: sambil memandang bhgn kanan badannya warghh... ... jam Rolex aku!!!

monyet BuruK

Sorang laki baru beli sekor kucing kt kedai haiwan.
Sorang budak kt situ ternampak laki tu membelai kucingnya.

Budak: Chehss, monyet buruk camtu pun ko sayang??!
Laki: Budak, gila ke buta?... Ni kucing lah, bukan monyet, bodoh!.
Budak: Abang ni gila ke?! Saya cakap ngan kucing abang, bukan ngan abang!

monyet BuruK

Sorang laki baru beli sekor kucing kt kedai haiwan.
Sorang budak kt situ ternampak laki tu membelai kucingnya.

Budak: Chehss, monyet buruk camtu pun ko sayang??!
Laki: Budak, gila ke buta?... Ni kucing lah, bukan monyet, bodoh!.
Budak: Abang ni gila ke?! Saya cakap ngan kucing abang, bukan ngan abang!

tiga Orang gilLa

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital .

lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... " lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital"

atuk dan CUCU

Suatu hari seorang datuk memarahi cucunya kerana mendapat "5E" dalam UPSR.

Datuk: Kau ni kenapa asyik dapat "E" aje.Kawan2 kau semua dapat "5A".
Cucu : Atuk ni kenapa?Saya x pernah marah atuk sebab x ikut jejak kawan2 atuk.
Datuk: Tak sama macam mana?
Cucu : Semua kawan2 atuk dah meninggal kan..........
Datuk: Nak kena belasah cucu ( Berkata dalam hati )

Thursday, August 14, 2008

bila bApAk sEorang Atlit SuKAN

"Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, SEMBANG TIGA BUDAK... ka sembangkan...

Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan... .

Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "

" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "

?????

Friday, August 8, 2008

Mary bukan name sebenar

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar... ..tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk... .PANG!!... .diketuknya atas kepala si suami... ..si suami ygterpinga2... ..bertanya... .."Aper hal ngan awak nih... .kenapa awak ketuk kepala saya??... .si isteri pun menjawap... ."nah! awak tengok nih... .sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama... .'Mary'... .

si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary... .dgn tenang si suami menjawab... . ooo... .itu nama kuda yg saya bertaruh semalam... ..namanya Mary... ..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur... ..Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu... . PANG!!!... .kali ini dengan lebih kuat lagi!... .si suami pun bertanya... .aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih ... dengan selamba..si isteri menjawap... ."kuda awak telefon!!"... ..

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat

tetamu x diundang

hehehe..semekum sape ade dalam rumah..

Taxi driver

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Baru ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Baru tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.

Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ke? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahu saja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat...cik"
Fasha: "patutla...."

TAndAs AwAm SkAng

PADAH MENIPU ...

seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil.apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis.

"Buang dulu bayar kemudian"semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

BUANG AIR KECIL : 50 SENBUANG AIR BESAR : 30 SEN

Alangkah terkejutnya mamat ni.Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan diapun keluar la untuk membayar yuran tandas tersebut.

Makcik penjaga tandas pun tanya la dia..

"Adik kencing ke buang air besar?" untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la "Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen"Makcik tu cakap tak cukup.

"Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kami pasti buang air kecil sekali.." maka mamat ni pun dengan bengangnyer mambayar 80 sen kepada makcik itu...

ha ha ha

Tuesday, August 5, 2008

budak skolah

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."

Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat..lalu disuruh pulang... "

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

payung

Ajoi adalah seorang yang sangat pelupa.

Setiap hari dia pergi ke pejabat dengan membawa payung.

Namun, dia pasti lupa membawa turun payungnya dari bas.

Suatu hari isterinya mengingatkan dia untuk kesekian kalinya.

"Abang.. harga payung cukup mahal dan kita telah membelinya setiap hari, ingatlah payung abang masa turun dari bas!"

Maka ketika Ajoii hendak turun dari bas dia segera mengambil dan membawanya pulang ke rumah.

Dengan gembira ia menunjukkan payung tersebut pada isterinya.
"Hari ni adalah yang istimewa bagi abang.. abang tidak lupa lagi membawa pulang payung ini!"

Tapi isterinya berkata,

"Abang.. hari ini kan abang tidak membawa payung ke pejabat???"hu hu hu..

Friday, August 1, 2008

zali g temuduga

Zali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Zali ni. Jadi dia pun tanyalah Zali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni!

Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Zali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."Lepas tu pengurus tu terus koma!!

telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga.Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun.Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh."Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

sam dan dol = samdol

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya... ..

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kamoung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat
.SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
DOL: Francis Mild!

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

45 minit 1st half bola sepak..

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minitataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab....”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola.Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah“bola referee”!

kehidupan chot yg bendul

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya diadapat membuat pasport baru untuk dirinya.Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naikdan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdirisahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuhke bawah tempat duduk penumpang.Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadiberada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba dikeretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanyaseperti terkena bolasepak.Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyoptu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkanChot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanyaakan kelihatan seperti sediakala..Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuatlagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chotmenjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintukeretanya akan kembung semula..Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermintingkap kereta ni dulu!"

MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nakmenipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugakla aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

lawak kanak2 pra skolah..

PART I

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III

Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

break up...tijah

Tijah nak break dgn bf omputih melalui surat:

hi, my motive write dis letter 2 give know u somethings. i want 2 cut connection us. i saw u play wood 3 in front of my eyes. so, i break connection 2 pull my body from dis luv. i have think about dis very cook2. i know i clap 1 hand only. i don trust u again! u really crocodile land. i don want u 2 play2 with my liver. i have been crying until no more eye water. i don want banana 2 fruit 2 times. save walk... ... ... ... ..