Monday, September 8, 2008

KIpaS HEli

Di sebuah perkampungan org asli di pendalaman pahang..seorang YB telah datang melawat ke kawasan tersebut untuk mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit dengan menaiki helikopter nuri..untuk mendapatkan maklumat berkaitan kawasan tersebut YB tersebut terpaksa membawa skali tok batin dari kampung asli tersebut..

sambil mereka meronda2 kawasan tersebut, mereka berborak mengenai kawasan mana yang paling sesuai dijadikan ladang kelapa sawit.

kebetulan cuaca hari tersebut tersangat la panas menyebabkan YB td berpeluh lalu berkata
" panas sungguh dalam heli ni"..

tok batin tadi menyahut " memang la panash Dato' , kipashnya besar tetapi diluar" sambil menunding jari ke arah bilah heli tersebut.

MalAYsia BoLEh

Tiga negara, iaitu Amerika, Britain, dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu.

Disepakati penelitian dimulai dari Amerika terus Britain dan terakhir Malaysia.

Di Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahwa 1500 tahun yang lalu telah dibangun jalur telefon dengan memakai kabel tembaga di Amerika.

Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahwa 2500 tahun yang lalu telah dibangun jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.

Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan WIRELESS.

teH TAriK MamaK

seorang pelangan pergi ke kedai mamak untuk menikmati minum petang, seperti biasa pelangan tersebut memesan secawan teh tarik.

pelanggan : mamak!! teh tarik satu..

mamak: siap!!

selang beberapa minit air teh tarik pun sampai, belum sempat pun minum pelanggan tadi memanggil mamak dengan nada marah..

pelanggan: hei mamak mari sini!! aiya mamak mcm mane dalam air aku nie ade lalat..

dengan selambe, mamak tu menjawab.." hei macha, u bayar itu teh satu ringgit xkan u mau itu gajah ada dalam air u"..

Saturday, September 6, 2008

TEka-TekI

soklan:


1.Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

2.Ade sorang makcik,die thn teksi..pas 2 makcik 2 nak byr duit dulu..driver taxi tu xnak.nape??

3.Binatang ape name die ade dua huruf?

4.Kenape org gali kubur tak pakai spender??

5.5 ekor semut campur dgn 2 ekor semut same dgn brape???

6.Ape persamaan Micheal Jackson dengan Micheal Jordan??






jawapan

1. milo ais
2.duit dulu mana laku
3. udang ( U dan G)
4.gali kubur pakai cangkul
5. 0 semut mane ade ekor
6. dua-dua xkenal korang

KEntUT si MAkCiK TuA

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya... kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu... , dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap.

"Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat busuk.

"Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."