Friday, August 1, 2008

kehidupan chot yg bendul

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya diadapat membuat pasport baru untuk dirinya.Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naikdan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdirisahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuhke bawah tempat duduk penumpang.Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadiberada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba dikeretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanyaseperti terkena bolasepak.Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyoptu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkanChot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanyaakan kelihatan seperti sediakala..Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuatlagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chotmenjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintukeretanya akan kembung semula..Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermintingkap kereta ni dulu!"

MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nakmenipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugakla aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

No comments: